Pages

Thursday 20 July 2017

Jimat Naik MRT!

Assalamualaikum dan hi semua!

Sebab ummi over excited dengan pelancaran semua 31 stesen MRT SBK line kelmarin, ummi paksa jugak diri menulis kat sini lepas lama menyepi, hahah.
Haruslah ummi seronok, sebab perjalanan ummi pergi ofis jadi makin senang!
Tren berhenti terus depan pintu ofis, best lah kan,hihihi
Alhamdulillah 😎


PALING LAJU


Serius! Sebagai pengguna pengangkutan awam tegar kat Malaysia nih, kelajuan MRT ni memang tahap terbaik! Laju dia up to 94km/hour. Bayangkanlah drive dengan kelajuan begini tanpa perlu hadap traffic jammed atas laluan khas untuk diri sendiri je, tak berebut dengan kenderaan lain, fuhhh!
Tu belum campur lagi dengan jimat banyakkk sangat masa menunggu. Penumpang dah tak perlu lagi lompat banyak kenderaan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. 
Kekerapan tren pulak adalah setiap 3.5minit pada masa puncak. Memang berbaloi! 


COOL FACILITIES 



Seat dan kawasan berdiri dalam MRT adalah lebih luas berbanding LRT. Ummi memang suka ni! Tak adalah sampai kena main pijak-pijak kaki nak berebut masuk tren 😂 
Design setiap stesen MRT dan tempat duduk pun berbeza-beza. Canggih dan konsep dia cool! Dah macam ala-ala airport pun ye jugak.
Surau dan tandas yang disediakan besar dan selesa. *moga tahap kebersihannya terus terjaga walaupun dah lama nanti.

BANYAK TARIKAN



MRT ni kalau dia tak lalu terowong bawah tanah, laluan treknya boleh tahan tinggi. Jadi kalau naik MRT ni feel dia macam naik tren sambil tengok view yang cantik-cantik terutama sekitar Kuala Lumpur ke Damansara.
Dah cuci mata tu,
Terus boleh cuci dompet jugak sebab MRT ni kebanyakkannya memang dekat dan walking distance je dengan shopping mall 😍




TAMBANG AFFORDABLE


Untuk ummi personally, ummi boleh jimat dalam RM10 sehari tambang ke tempat kerja. Untuk segala penjimatan masa dan tenaga, naik MRT memang berbaloi.
Sehingga 31 Ogos 2017, penjimatan berganda-ganda!
50% OFF
Apalagi, #jomnaikMRT !




-----------------------------------------------------------------------

AINUL
ainulnisaa.blogspot.com
Follow IG : @chantek.supplimentsite 
supplimentsite@gmail.com
SMS/Whatsapp +6012-7964156