Pages

Friday 25 September 2015

Untung Bayar Guna Kredit Kad!

Assalamualaikum dan hi!
Sebenarnya saya nih jenis traditional sikit...Tak suka hutang-hutang, kredit kad semua tu.
Nih yang jenis kredit kad tu, cuma untuk guna masa kritikal, macam bila kena masuk hospital ke, book flight ticket ke atau masa nak subscribe apa-apa yang tak terima cash/debit kad. Yela, tak suka kalau ada unnecessary charge! *budak akaun kan :p
Rupanya saya silap percaturan! 
Kalau bijak, sebenarnya boleh untung pakai kredit kad ni! huahuahua
Tapi bukanlah untuk semua benda. Kena pandai-pandai pilih.
Korang nak tau camna boleh dapat manfaat bila membayar pakai kredit kad? Meh baca tulisan kawan saya ni:

SEBAB SAYA BAYAR TAKAFUL DENGAN KREDIT KAD. SERIUS! ANDA KENA TAHU NI..
===============================
Oleh: Ahmad Mukarrami

Kalau anda perasan dalam posting lepas, saya ada nyatakan tentang tolakan takaful berjumlah RM 600 dilakukan ke dalam kad kredit.
Hasilnya saya dapat kumpul Point dari situ sebanyak 7200 point setahun, bersamaan nilai tunai sebanyak hampir RM15.
Dapat free, siapa tak nak kan.

Bagi siapa yang belum baca boleh tengok kembali posting berkaitan "Anda Perlu Ada Sebab Untuk Miliki Kredit Kad" di SINI.

Itu tak penting sangat...

Sebab yang lebih penting adalah supaya kami sekeluarga kekal dalam "protection".

Kenapa tu...

Macam ni. Polisi takaful biasanya akan luput (lapse) kalau tiada bayaran diterima dalam masa 3 bulan.
Bila polisi luput, dan berlaku apa-apa kejadian selepas itu, syarikat tidak akan bayar pampasan lagi.

Jadi, dengan tolakan ke kad kredit, "Confirm" bayaran akan dibuat kepada syarikat takaful dan confirm-lah coverage takaful tidak terputus.

Apa yang dirisaukan kalau berlaku kes begini..

➡kita lakukan bayaran manual (tolakan bank atau bank in manually).

➡atas kecuaian sendiri, bayaran tak dibuat. Samada tiada tolakan dalam bank sebab tiada duit atau kita sendiri gagal bayar.

➡syarikat tak dapat hubungi kita sebab tukar alamat dan no phone.

➡tiba-tiba berlaku kecelakaan.

Apa terjadi kepada kita?

Tiada coverage akan dibayar..kita juga yang rugi :(
➡Musibah datang tanpa dijangka, sebaiknya kawal lah risiko sebaik mungkin.
➡Dan ini adalah cara saya kawal risiko takaful agar kami sekeluarga sentiasa dalam perlindungan takaful.


See?
Bagus jugak sebenarnya bayar takaful/insurans guna kredit kad nih!
Dapat macam-macam FREE! hihih
- point percuma *tiap-tiap bulan pun kena bayar, cuba kira berapa banyak point boleh kumpul?
- rebate tunai *membeli, tapi dapat duit lebih pulak, bestnyaaa!
- Hassle Free *bayaran teratur, tak yah kalut pergi beratur kat bank/kaunter takaful.boleh ganti je standing instruction biasa yang kita buat melalui akaun bank.
Guna kredit kad jom! ;)
-----------------------------------------------------------------------

AINUL
ainulnisaa.blogspot.com
supplimentsite@gmail.com
SMS/Whatsapp +6012-7964156





No comments:

Post a Comment