Pages

Tuesday, 6 December 2016

Woww! SPF 50+ Paraben Free!

Assalamualaikum dan hi! :)

Hari ni nak reveal krim best yang ummi guna ;)
Kalau yang memang kenal ummi, tau lah ummi ni cerewetnya camna. 
Tapi kenalah cerewet kan? Lagi-lagi benda yang kita nak sapu kat muka ;p
Selain dari bahan-bahan,
ummi telek jugak kesesuaiannya, selesa ke tak selesa bila pakai, senang ke bila dah apply.
Iyelah, ummi ni perangai
Rimas dengan benda-benda yang merenyahkan aka melambatkan pergerakan agagaga.

MUDAH


Betul! Hanya dengan sekecil 1 biji kacang hijau, krim ni senang sangat diratakan. SENANG ok. Tak melekit-lekit, berminyak sangat pun tak jugak! 
Ummi sapu dia je, pakai lip balm sikit dah siap untuk keluar ;)
Kalau yang rajin mekap, pun tak jadi masalah. Dah ratakan krim ni, boleh terus apply mekap korang, mesti tampak lebih rata, lebih cantik kebabom <3 
Paling penting, tolong lindung kulit kita dari sinar yang merosakkan. Haa gitu.


RINGAN



Bukan je beri natural effect, tapi struktur dia ringan giler! Pahsan macam tak pakai krim pun, sebab dia mudah serap bila kita sapu ke muka. 


BERSIH



Bahan-bahannya semulajadi. Even bila pakai, tudung pun takdela comot-comot tinggal kesan kuning-kuning. Tona muka nampak lebih sekata..bercapuk-capuk tu, memang takde!


MESRA WUDHU'



Tak perlu susah-susah nak guna makeup remover bila nak amik wudhu' tau. syok kan? hihi. Melainkan korang ada tambah mekap, tu haruslah dibersihkan dulu ye :)


LEBIH SEKADAR FOUNDATION



Ia lebih dari sekadar bedak asas. 
Dia lah jugak sunblock, SPF 50+
Pelembab,
Krim anti penuaan.
Bantu kurangkan kesan parut
Dan pudarkan jeragat.
Kulit nampak lebih gebu, dah tak kusam. 

.
.
.
.
.
.

Ini dia ummi perkenalkan, CELL-FI PRO CREAM



Harga asal Cellfi Pro ni RM89.90. 
Coppp!
Ada HARGA SPECIAL sekarang.
Rugi tak try!
Whatsapp 
012-796 4156
012-796 4156
012-796 4156

*tips untuk kulit lebih cantik luar dalam, ambil ESP dengan vitamin C sekali, baru ngam!



-----------------------------------------------------------------------

AINUL
ainulnisaa.blogspot.com
Follow IG : @chantek.supplimentsite 
supplimentsite@gmail.com
SMS/Whatsapp +6012-7964156

Tuesday, 22 November 2016

Kulit Kering, Senang Jeragat!


Assalamualaikum dan hi korang!

Lama betul tak update blog nih, hahah. Ni nak cerita ni, ntah macam mana hari tu boleh terjebak pergi spa, pastu terbuatlah facial treatment sekali dengan skin test. Mesin dia macam ala-ala tempat nak check power spec mata. Cuma perlu letak dagu dan muka kat corong mesin tu, pastu muka kita akan appear kat skrin komputer doktor. Serius canggih okay!
Detail se'detail' detailnya. Nampaklah segala bintik, tompok apakebenda yang ada kat muka tu,hahaha.


Pastu doktor tu terangkanlah apa maksud gambar dengan segala carta yang muncul. Yang ummi ingat graf bar warna hijau tu maksudnya level yang sepatutnya a.k.a okay bagi peringkat umur yang kita rekodkan. Yang bar warna oren tu, level sebenar kulit muka kita. 
Macam dalam gambar atas ni, tengah fokus pasal liang roma (pores). Doktor cakap, kulit quite good, semua bawah dari bar hijau tu. Kira macam awet muda jugakla, haha, perasan. Cuma bahagian T-zone terutamanya dahi tu, liang roma dia agak besar. Masa doktor cakap macam ni, ummi cool lagi. Nak harap lagu mana kalau memang ummi jarang sangat memanjakan muka, hmm.
Pastu doktor tanya lagi, sekarang ni guna facial set apa? Ummi pun jawablah dengan jujur, guna shaklee punya cleansing gel. Doktor tanya lagi, pakai mekap ke, pakai apa lagi kat muka? Alahai, rasa macam anak remaja pulak, sebab memang pakai sebotol ni je la hari-hari =.=


Pelembab, sunscreen pakai tak? agagaga, ummi tak rajin. So memang hari-hari keluar rumah pun memang naked face. Paling-paling pun, pakai lip balm. Lepas tu, bermulalah sesi tadah telinga.
Masa tu ada dua doktor sekali dengan kitorang. Kata doktor, pencuci muka dengan toner ibarat suami dan isteri. Kena guna dua-dua, kalau tak, tak lengkap. 
Malam, pakai moisturizer. Sebab skrin tu tunjuk kulit ummi ni jenis kering. Siang kena pakai sunscreen, paling bagus kalau dapat yang SPF50 tu. 
Benda-benda ni bukan tak pernah tahu. Cuma tak ambil berat =.=' 
Tapiiii, 
Bila doktor tunjuk bintik-bintik yang ada dan cakap yang ada tompok-tompok pigment baru yang nak memunculkan diri kat hidung, ummi rasa macam dup! tersekat nafas kejap.
Sebab masalah pigmentasi ni memang menakutkan okeh. Kalau jerawat, sekurang-kurangnya rajin makan vitamin, ia boleh menghilang. Tapi kalau jeragat?
Lamaaaa kot nak settlekan.
Jeragat lebih degil dari jerawat.
Dia naik senyap-senyap. Kita tak perasan sampailah bila kita terperasan, ia agak sudah terlewat.

Keluar je dari spa tu, terus google sunscreen yang terbaik dan selamat, yang lebih natural gituuu.

*doktor tu tanya, shaklee tu yang air soya tu kan? ESP uolls! hihih


-----------------------------------------------------------------------

AINUL
ainulnisaa.blogspot.com
Follow IG : @chantek.supplimentsite 
supplimentsite@gmail.com
SMS/Whatsapp +6012-7964156

Saturday, 16 January 2016

5 Homestay Siap Kolam Renang!

Assalamualaikum & hi!

Hujung-hujung minggu ni kot siapa ada rancang untuk short gateaway dengan keluarga, mungkin boleh pilih salah satu homestay nih ;)
Ia takdelah semahal duk hotel,
Tapi kemudahan yang ditawarkan not that bad!
Kelima-lima homestay nih ada kolam renang okeh! Hihi.

Ni ummi kumpul semua dalam satu gambar supaya mudah korang nak refer.
Nak maklumat lanjut, boleh type nama-nama homestay nih kat FB :)


Add caption

Meh layan gambar-gambar homestay nih, senang nanti nak pilih mana berkenan dihati :D

1. Homestay Regalia Studio



2. Kampungstay Desa Murni


3. Villa Rimbun Desa



4. Cabinzecottage



5. Limastiga



Pilih, jangan tak pilih, heheh.
Have a good weekend guys!


-----------------------------------------------------------------------

AINUL
ainulnisaa.blogspot.com
Follow IG : @chantek.supplimentsite 
supplimentsite@gmail.com
SMS/Whatsapp +6012-7964156





Friday, 25 September 2015

Untung Bayar Guna Kredit Kad!

Assalamualaikum dan hi!
Sebenarnya saya nih jenis traditional sikit...Tak suka hutang-hutang, kredit kad semua tu.
Nih yang jenis kredit kad tu, cuma untuk guna masa kritikal, macam bila kena masuk hospital ke, book flight ticket ke atau masa nak subscribe apa-apa yang tak terima cash/debit kad. Yela, tak suka kalau ada unnecessary charge! *budak akaun kan :p
Rupanya saya silap percaturan! 

Sunday, 13 September 2015

Nisaaa, Tidurlah Nisaa!

Nisaa, seperti kanak-kanak seusianya, sangat aktif!
Dari siang sampai ke malam, bermain tak henti. Rutinnya, masa hari bekerja, kami selalunya berjumpa bila hari dah malam. Kalau ummi sampai rumah jam 9 malam, nisaa masih ligat dengan kerenahnya. Mungkin demi sedikit perhatian :( *ni point utama ummi nak jadi WAHM, doakan!

Masa kat rumah je yang ummi boleh duduk depan laptop untuk menulis *fon ummi tak berkapasiti tinggi lagi =.='  dan masa ini jugalah nisaa akan sambung main, dan main lagi. Selagi ummi berjaga, selagi itulah nisaa akan sibuk dengan imaginasinya. Ye, memang bagus. Itu petanda sel-sel otaknya sedang berhubung. Tapi, dah malaammm.
Esok nisaa perlu ke tadika!

Punyalah cari dan jenuh mencuba, rasanya ni antara tips yang praktikal ummi jumpa. Mungkin juga sesuai untuk rakan-rakan yang ada anak berumur lima ke enam tahun, siapa tahu?

5 Tips nak latih anak-anak Tidur Dengan Lebih Awal

1. Tutup TV/Gadget 2 Jam Sebelum Waktu Tidur



Ada kajian yang menunjukkan cahaya dari skrin TV atau ipad boleh mengganggu penghasilan hormon melatonin. Hormon ni, kalau ia di paras yang sangat tinggi, orang tersebut akan rasa mengantuk dan nak tidur pun senang je, tak payah paksa.
Lagipun, bila dah padam TV semua, suasana pun jadi tenang dan lebih santai :)

2. Wujudkan Suasana Tempat Tidur Yang Menarik, Sesuai dan Selesa



Boleh pasang lampu tidur kalau ada. Macam kami, padamkan je lampu, biar bintang-bintang yang nisaa tampal kat dinding tu menyala sendiri. Pastikan jugak kipas/aircond berfungsi dengan baik.

Kalau anak dah ada tempat tidur sendiri, berilah peluang untuk anak pilih alas tilam/bantal/stokin tidur mereka sendiri. Barulah semangat anak nak masuk tidur!
Ummi selalu akan minta nisaa pakai stokin bila dah duduk kat katil. Taklah risau kaki nisaa sejuk dek selimut yang terbang entah ke mana bila dah tidur ;p

3. Pastikan Anak Dalam Keadaan Kenyang



Paling elok kalau anak ada rutin masa makan yang sama setiap hari. Tapi kalau anak yang jenis picky eater, sebelum masuk bilik tidur, pastikan anak dah kenyang agar boleh tidur dengan tenang. Macam nisaa, ada masa dia nak roti bakar, ada masa nak telur separuh masak, kadang nestum/oat pun dah okay. Kalau anak yang jenis minum susu, boleh bancuhkan susunya dulu. Minum susu, pastu terus tidur, lagi mudah :)

4. Bercerita/Berbual Sebelum Tidur



Ummi kalau tengah penat, tak membaca pun. Sekadar berborak-borak atau cerita je kisah pengajaran yang selalu ummi dengar masa kecik-kecik dulu, pastu kaitkan dengan nisaa. Tapi korang kena pandai habiskan cerita tau, sebab selalunya kanak-kanak sebaya nisaa ni, rajin sangat bertanya! Nanti sampai ke pagi ceritanya tak habis, hahah.

Elok jugak selitkan doa' siap sebut nama mereka depan-depan, macam "nisaa jadi baik tau selalu. Barulah semua orang sayang. Allah pun sayang! kalau Allah sayang nanti Allah beri apa kat kita?" Haa, korang mesti lagi pandai kannn ;)

5. Bacakan Surah Pendinding dan Doa' Tidur



Selalunya nisaa akan berlumba-lumba nak baca doa' tidur *nak tunjuk kat ummi yang nisaa dah hafal. Pastu ummi akan baca surah-surah ni sekadar boleh didengari dengan jelas oleh nisaa
- al-Fatihah
- Ayat Kursi
- An-Nass (3 x)
- Al-Falaq (3x)
- Al-Ikhlas (3x)
Secara tak langsung, bila hari-hari dibacakan, anak akan dapat menghafalnya dengan senang :)

Korang ada tips lain?
Jom share! :)


Ainul
Ummi Nisaa